SETTING NIAT KERANA ALLAH..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!

kata-kata yahudi laknatullah!!

JANGANLAH UMAT ISLAM BERMIMPI UNTUK MENGALAHKAN YAHUDI SEHINGGA BILANGAN MEREKA YANG SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID MENYAMAI BILANGAN YANG DATANG UNTUK SOLAT JUMAAT!!

...

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman.
...
❝BeRi haTiMu unTuk ALLAH,paSti ALLAH teMUkan peMiLik TerBaik, hamParkan MasaMU seluAsnya unTuk ALLAH, paSti ALLAH atuRkan seLuruh hiDupMu seBaikNya...❞
...

وَلاَ تُكْثِرُ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ

“Janganlah kamu membanyakkan ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati” [Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah]

Thursday, May 24, 2012

SANTAPAN...



Allah...
dalam kemerdekaan...
disentap dengan sebuah kata-kata...
menyedarkan diri...
banyak lagi yang perlu belajar...
sangat bersyukur dengar kata-kata itu...
alhamdulillah..
tolong berubah ye...
tolong masuk dalam stokin orang lain...

"ramai manusia yang tidur, dan hanya tersedar tatkala dia sudah dimatikan"
...
tak nak jadi begini..
tolong sedar dan bangunkan..
jangan biar terlalu lama lena..
.................................
...............................
............................
........................
.................
.........
.....
...
.
Allahuakbar

Wednesday, May 23, 2012

BUAT PERMATA HATI

"Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertaqwa."

****


mengimpikan sebuah keluarga yang dalam redha dan rahmatNYA sentiasa
alhamdulillah..
dikurnia keluarga begini
teramat syukur kepadaMu Allah
buat permata hati ayah dan ibu
tiada ucapan yang mampu dizahirkan

tika rasa perlukan seseorang
cukup suara ayah dan ibu
sedikit hati terubat
bukan kerana hebat bicara mereka
namun kerana hangat kasih mereka
maafkan segala salah silap bicata dan tingkah laku
selama bersama 20 tahun ini



putik-putik bahagia berkembang
tatkala melihat kita 6 beradik
bersama-sama
di rumah
di dalam kereta
saat yang cukup indah untuk dikenang
moga kita juga terus bersama
bukan sekadar di dunia
tapi
di akhirat juga
tiada kata yang mampu disamakan
dengan perasaan di hati ini
cukup bahagia 


ya Allah
rahmatilah ibu, ayah dan adik beradik..
tetapkanlah kami bersama di jalan Mu
tetapkanlah kami bersama di jannah Mu
kerana na amat sayang mereka
amiiin..

Tuesday, May 22, 2012

MAAF.. TAPI TAK BOLEH






maaf.. tak boleh nak tolong..
bukan tak mahu..
tapi, tak nak terlibat.. dan tak nak melibatkan orang lain..
...
"ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang mampu mendekatkan diri kepada Allah.. mampu membawa kita ke arah taqwa.."
...
maaf... na tengah cuba berusaha untuk taqwa..
tahu, bukan senang.. 
tapi, kalau tak usaha ke arah itu.. memang sampai bila tak akan dapat.
...
kalau time puasa, tengah-tengah mandi.. air masuk dalam air..
apa kita akan buat? telan atau buang?
walau tak ada siapa pun, kita mesti jawab buang air tu..
sebab batal la puasa kita..
alhamdulillah, sikit demi sedikit Allah didik kita untuk ke arah taqwa
...
kalau time exam, tiba-tiba kita nampak jawapan kawan sebelah..
atau.. kawan mintak jawapan dari kita.. 
apa kita nak buat? tiru jawapan @ tak? beri jawapan @ tak?
walau pengawas exam tak nampak..
kita serba salah..
mungkin jawapan kita ialah...
tengok je la.. kan rezeki..
beri je la kawan jawapan.. dia kan kawan kita..
errm...
...
mengapa kita boleh didik diri waktu puasa, kenapa tak telan je air tu.. kan rezeki? tak kesian kat diri kita.? kan dahaga...
tapi..
time exam.. kenapa kita tak didik diri kita untuk tundukkan pandangan? kenapa kita susah untuk berkata tidak membei jawapan pada kawan?
bukan ke.. ni juga boleh dikata tiada kejujuran @ integriti..
errm...
na tak mahu awak dan na terlibat dalam kancah jenayah sebagai pelajar.. na takut pada Allah. sebab Allah nampak apa yang na buat.. nanti kat akhirat, Allah tanya.. kenapa? na nak jawab apa..
...
maaf kan na kerana tidak memeberi jawapan..
na takut Allah.
na bukanlah baik.
tapi na cuba menjadi baik.
na berusaha untuk lebih baik.
na cuba ke arah taqwa.
bukan senang..
tapi, apa pilihan yang kita ada..
mahu rahmat Allah @ murka Allah?
na takut Allah..
na juga sayang awak, kawan..
sebab itu, na tak mahu awak terlibat dalam jenayah pelajar..
huuh.. maafkan na kawan.. bukan mudah untuk katakan tidak pada kawan yang disayang..
tapi kerana sayang, dan tak mahu awak turut berdosa..
na sayang awak..kawan.
maafkan na Allah..
kalau keputusan yang na buat ni salah, betulkan na..tegurkan na Allah...



Palestinkini.info - Suara Peduli Palestin

diri murabbi

My Photo
Malaysia
bakal pendidik dalm masa 4 tahun akan datang.kini,sedang ditarbiyah untuk mentarbiyah anak didik jilul quran akan datang..insyaAllah.

Saifulislam.Com

an-nisa'

palestin!!

Hadis..

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP